Tak Perlu Kuarantin Wajib Buat Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 – Khairy Jamaluddin

Berita

Tak Perlu Kuarantin Wajib Buat Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 – Khairy Jamaluddin

Berkuatkuasa hari ini, pengembara yang tiba di Malaysia dan pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari serta telah lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin wajib, lapor Kosmo Online.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di mana ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK Ag masih perlu dilakukan oleh pengembara di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di pintu masuk antarabangsa (PMA).

Advertisement

Manakala bagi mereka yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi pula akan dikenakan kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin selain perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK AG di hadapan pegawai kesihatan yang berada di PMA.

Info KKMSumber : Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia  

Untuk pengembara yang tidak pernah dijangkiti COVID-19 pula, ketetapan semasa masih terpakai. Kerajaan akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara dari semasa ke semasa.

Jelas Khairy, kerajaan mengambil pendekatan untuk menerima data vaksinasi lengkap daripada kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 berdasarkan bukti saintifik serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kes-kes seperti ini.

Menteri Kanan Pertahanan
2 years ago

Tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh Akan Diadakan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...