“Tak Pasal-Pasal Aib Diri Terbuka..” – Ustazah ‘Viral’ Didakwa Tiada ‘Background’ Pengajian Agama

Trending

“Tak Pasal-Pasal Aib Diri Terbuka..” – Ustazah ‘Viral’ Didakwa Tiada ‘Background’ Pengajian Agama

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah telah mendapat perhatian orang ramai.

Antara kenyataan yang pernah tular ialah pendakwah itu mendakwa seorang suami yang menghantar isteri bersalin yang diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Ustazah Siti Afifah turut mendakwa seseorang individu akan kehilangan jiwa dan roh mereka apabila bersalaman dengan golongan artis.

Baru-baru ini, penceramah motivasi iaitu Amin Idris telah mendedahkan bahawa Ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.

Saya dapat info rupanya ustazah ini tak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.

Menurut Amin, orang ramai perlu berhati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka, lebih-lebih lagi apabila dia mendapati banyak kenyataan di media sosial yang sangat mengelirukan.

Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.

Dalam pada itu, Amin memaklumkan tidak ramai wanita yang terlibat dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang kuat dan perlu memikul beban yang luar biasa.

Oleh demikian, bukan mudah untuk seorang wanita sampai ke tahap pakar O&G menyebabkan timbul soal darurat di mana para suami tidak mempunyai pilihan.

@iamaminidris

Jangan mudah ‘mendayuskan’ orang. Claim diri sebagai ustazah tapi bercakap denhan kejahilan #tazkirahironman

? original sound – iamaminidris – iamaminidris

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa kecewa terhadap pendakwah bebas itu kerana hanya berdakwah demi populariti konten.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Ini Masalah Wanita, Ustaz Pernah Ke Rasa Sakit Beranak?" - Ustazah 'Viral' Selar Ustaz Azhar Idrus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...