“Ini Masalah Wanita, Ustaz Pernah Ke Rasa Sakit Beranak?” – Ustazah ‘Viral’ Selar Ustaz Azhar Idrus

Kehidupan

“Ini Masalah Wanita, Ustaz Pernah Ke Rasa Sakit Beranak?” – Ustazah ‘Viral’ Selar Ustaz Azhar Idrus

Sebelum ini, penceramah selebriti terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberi penjelasan mengenai isu para suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran isteri bersalin.

Jelas Ustaz Azhar, di dalam perubatan apabila masuk sempadan darurat, hukum haram diangkat seketika kerana keadaan darurat itu membolehkan apa sahaja yang tidak boleh termasuk ketika isteri ingin bersalin memandangkan keadaan itu kritikal.

Advertisement

Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi membuat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’.

@izataim

Perkongsian ilmu daripada Ustaz Azhar Idrus tentang isu bersalin #uai #ustazazharidrus #fyp #terengganu #kongsikebaikan #kongsiilmu

? original sound – Jak? – Jak?

Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas oleh Ustazah Siti Afifah yang mengatakan isu ini merupakan masalah wanita.

Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Ini masalah wanita tau ustaz, yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus ni Allah Taala.

Malah, Ustazah Siti Afifah turut mempersoalkan Ustaz Azhar sama ada beliau pernah duduk dalam situasi wanita bersalin dan merasai sakitnya melahirkan seorang anak.

Ustaz pernah ke beranak? Apa tindakan ustaz sebagai seorang ulama? sebagai ahli ilmu? apa yang ustaz perjuangkan selama ini?

Bukan itu sahaja, pendakwah itu turut mempersoalkan tindakan Ustaz Azhar sebagai seorang ulama untuk mempertahankan maruah wanita.

Kami ni wanita-wanita di luar sana, walaupun suami mereka tak mampu. Tapi kami tak redha kami dijadikan bahan uji kaji.

@m_hafizek

Replying to @s_yqjs ini apa yg dia Kata UAI tak faham bab hukum

? original sound – MR H A F I Z E K – MR H A F I Z E K

Ustaz tahu tak sakit kena rodok macam mana? Bukan seorang, bukan dua orang.. kang nanti orang ni masuk. Belum lagi tangan yang bukan Muslim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Tak Dayus" - Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu ‘Viral’ Pasal Suami Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...