“Tak Nampak Macam ‘High Educated’ Pun..” – Datang Konsert Coldplay Tinggal Sampah Sarap, Rakyat Malaysia Ikut Malu

Hiburan

“Tak Nampak Macam ‘High Educated’ Pun..” – Datang Konsert Coldplay Tinggal Sampah Sarap, Rakyat Malaysia Ikut Malu

Konsert yang kini dinanti-nantikan akhirnya tiba apabila kumpulan Coldplay telah melangsungkan acara mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu. Difahamkan pengunjung yang hadir sudah mula beratur berjam-jam awal untuk meraikan salah satu konsert terbesar yang didatangi oleh 85K peminat ini.

Namun, memandangkan acara ini dihadiri oleh peminat yang sangat besar jumlahnya, pasti akan ada isu yang timbul seperti baru-baru ini tular sebuah video di laman Twitter, sampah sarap yang ditinggalkan di sekitar kawasan stadium.

Advertisement

Terpaling excited macam mana pun, tolonglah kutip sampah anda.

Ada orang cakap event ni untuk orang high educated, ni tak nampak macam high educated pun.

ssSumber : Twitter  

Cuplikan video yang beberapa saat itu telah menunjukkan betapa banyakkan sampah yang ditinggalkan oleh para pendatang yang ada ketika itu meskipun sudah disediakan tong sampah di merata tempat.

Hal tersebut juga telah mengundang kecaman dari para netizen yang tidak berpuas hati rakyat Malaysia berkelakuan seperti itu. Sudah menjadi etika ketika menghadiri sebuah acara untuk menjaga kebersihan di sekitar namun perkara ini tetap terjadi.

Pada masa yang sama, warganet juga turut malu dengan perbuatan sesetengah peminat itu kerana telah memburukkan nama baik negara sekaligus menunjukkan persepsi yang buruk kepada mereka yang hadir dari luar negara.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Confirm Rakyat Malaysia Sibuk.. Elfira Loy Dakwa Isu Sebelum Ni Hanya Marketing Hujung-Hujung Ramai Juga Nak Ambil Tahu Fasal Konsert Coldplay

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...