“‘Confirm’ Rakyat Malaysia Sibuk..” – Elfira Loy Dakwa Isu Sebelum Ni Hanya ‘Marketing’, Hujung-Hujung Ramai Juga Nak Ambil Tahu Fasal Konsert Coldplay

Hiburan

“‘Confirm’ Rakyat Malaysia Sibuk..” – Elfira Loy Dakwa Isu Sebelum Ni Hanya ‘Marketing’, Hujung-Hujung Ramai Juga Nak Ambil Tahu Fasal Konsert Coldplay

Baru-baru ini, telah hangat dibicarakan soal konsert Coldplay yang menerima banyak kritikan kerana dibenarkan mengadakan acara tersebut ditengah isu penindasan rakyat Gaza sekarang.

Disebabkan konsert tersebut masih diteruskan, seorang aktres jelita, Elfira Loy memuat naik sebuah kenyataan di Instagram story yang mempersoal mengapa isu-isu berkaitan dengan konsert di Malaysia ini sering dibangkitkan beberapa hari sebelum konsert itu berlangsung.

Advertisement

Adakah ini free marketing untuk setiap konsert luar datang Malaysia?

Lepastu esok confirm rakyat Malaysia sibuk nak tengok Instagram siapa pergi pastu nak troll nak condem.

ellfiraSumber : Instagram  

Melihat hal ini seperti disengajakan bagi memeriahkan konsert tersebut, Elfira yakin hal ini akan mengakibatkan isu pergaduhan timbul di antara peminat Coldplay dengan netizen yang lain.

Tambah pelakon tersebut, semasa konsert itu dijalankan, pasti akan ada yang turut serta melihat pos-pos di laman sosial untuk mengecam atau meninggalkan komen yang buruk kepada mereka yang hadir. Dari situ lah berkemungkinan para peminat Coldplay dan warganet akan mula berkelahi bagi memenangkan pihak masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lah
5 months ago

"Nak Boikot Kita Perlu Ada Ilmu.." - Tak Mahu Konsert Aina Abdul Disamakan Dengan Coldplay, Ujar Mereka Tetap Bukan Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...