“Nak Boikot Kita Perlu Ada Ilmu..” – Tak Mahu Konsert Aina Abdul Disamakan Dengan Coldplay, Ujar Mereka Tetap Bukan Islam

Hiburan

“Nak Boikot Kita Perlu Ada Ilmu..” – Tak Mahu Konsert Aina Abdul Disamakan Dengan Coldplay, Ujar Mereka Tetap Bukan Islam

Baru-baru ini seorang penyanyi berbakat, Lah Ahmad telah menyatakan pendapatnya yang mengatakan Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 tidak patut disamakan dengan konsert Coldplay yang sempat menjadi isu kerana mendapat banyak gesakan untuk dibatalkan.

Baginya, di konsert yang dirinya juga sertai sebagai salah seorang artis jemputan itu merupakan konsert yang diadakan oleh seorang Muslim dan ada juga menyelitkan lagu tribute untuk rakyat Palestin bertajuk Atouna El Toufoule itu.

Advertisement

Coldplay adalah band lama dan legenda tapi mereka bukan Islam dan ada pandangan masing-masing.

Nak boikot kita perlu kena ada ilmu tapi saya lihat isu boikot ini lebih berpanjangan berbanding sebelum ini yang hanya bertahan beberapa minggu je.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lah Ahmad (@lah_ahmad)

Namun, perkara boleh dilihat sebagai berat sebelah oleh kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Lah itu. Hal ini kerana, jika diperhatikan, tentu saja dirinya akan memihak kepada konsert Aina Abdul tersebut memandangkan dia pernah terlibat sama.

Meskipun penyanyi ini berkata kumpulan Coldplay itu bukan beragama Islam, namun acara mereka tetap dilangsungkan kerana difahamkan mereka adalah antara artis yang menyokong rakyat Palestin.

Bagaimanapun, perkara ini kembali kepada persepsi dan pendirian masing-masing berkenaan dengan isu boikot artis atau hiburan ini memandangkan ada yang setuju jika acara-acara hiburan dibatalkan secara keseluruhan dana dan ada yang menganggap perlu menapis artis-artis yang boleh disokong.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aina
6 months ago

"Ini Bukan Masa Nak Berkonsert Bagai.." - Netizen Kecewa Aina Abdul Teruskan Konsert, Rupanya Ada Selitkan Lagu Khas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...