Penyanyi dan juga pelakon, Nabila Razali khabarnya telah selesai mengambil dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada Selasa lalu.
Momen-momen tersebut turut dikongsi penyanyi lagu Peluang Kedua itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan umum.
View this post on Instagram
Tampil bergaya dengan jaket dan seluar berona biru, apa yang lebih menjadi tumpuan peminat adalah keberadaan patung dinosaur bernama ‘Joongki’ yang pernah dibawanya ketika suntikan dos vaksin yang pertama dahulu.
Terdahulu, Nabila Razali dikecam dan dikritik kerana membawa patung dinosaur itu dan dianggap sebagai mengada-ngada.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nabila meluahkan rasa syukur apabila dirinya sudah lengkap dua dos dan turut memberi penghargaa kepada semua warga PPV UM.
Dia juga menyeru orang ramai agar segera mendapatkan vaksin dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok bagi memerangi COVID-19.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.