Umum sedia maklum mengenai luahan perasaan Caprice yang sepertinya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di sebalik misi di Gaza kini.
Seperti yang semua tahu, penyanyi rap itu menyertai misi berkenaan bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Walaubagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya mengenai keberadaan lelaki itu apabila kelibatnya tidak kelihatan di dalam entri Ahli Perlimen Baling itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terus mempersoalkan mengapa Caprice tidak menyertai aktiviti berkenaan meskipun dia merupakan salah seorang peserta di bawah misi tersebut.
Sekadar pengetahuan, Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusikan oleh Abdul Azeez berangkat ke Jordan pada 16 Jun lalu bagi menghulurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi yang terjejas teruk dek serangan tentera Zionis.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.