Tular baru-baru ini tentang pelakon veteran, Mak Wan yang didakwa melakukan dan mengamalkan perbuatan syirik.
Perkara itu didedahkan oleh bekas pembantu peribadinya, Amell yang berkata dia berbuat sedemikian kerana sudah tidak tahan dengan pelakon berkenaan.
Selepas video menunjukkannya seakan-akan melakukan ritual syirik tular, Mak Wan tampil menjelaskan bahawa ia adalah rakaman lama dirakam oleh bekas pembantu peribadinya itu sendiri ketika dia dalam penggambaran drama bertajuk Pelaris.
Tidak berdiam diri, Amell menafikan bahawa video tersebut dirakamnya sendiri sebaliknya ia adalah rakaman pihak lain yang diberikan kepadanya.
Jelasnya, tidak mungkin dia meminta pelakon berkenaan berbuat sebegitu dan akui selama ini dia simpan semuanya demi nama baik Mak Wan.
Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis. Selama ini saya simpan kerana mahu jaga nama baiknya sebagai pelakon.”
Kata Amell, dia akan mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan menyerahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan memandangkan Mak Wan telah membuat laporan terhadapnya.
Mengakhiri perbualan, Amell berkata orang ramai boleh nilai sendiri menerusi semua video yang dikongsikannya sebelum ini di TikTok.
Dia juga turut mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak.