“Tak Move On Cuma..” – Didakwa Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi, BCL Buang Nama ‘Sinclair’ Di Instagram

Dunia

“Tak Move On Cuma..” – Didakwa Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi, BCL Buang Nama ‘Sinclair’ Di Instagram

Berita mengenai penyanyi asal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari didakwa bakal melangsungkan perkahwinan bersama kekasih dalam masa beberapa hari lagi tersebar luas.

Hal yang mencuri perhatian ramai apabila dia membuang nama Allahyarham suaminya iaitu Ashraf Sinclair dan mengganti dengan nama baru iaitu ‘itsmebcl’.

Advertisement

Tindakannya itu telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada kalangan netizen, di mana ada yang pertikaikan tetapi ada juga merasakan sudah tiba masa untuk BCL meneruskan kehidupannya tanpa arwah suami.

Difahamkan, lelaki yang berjaya menambat hati BCL adalah seorang duda yang bernama Tiko. Mereka dikatakan bakal disatukan pada 2 Disember di hotel Bali, Indonesia.

Namun begitu, khabar angin yang telah tular di media sosial itu masih belum disahkan oleh tuan empunya badan.

bcl
2023-11-30 11:19:15

"Mereka Jiran Bersebelahan.." - Bunga Citra Lestari Berjiran Dengan Bakal Mentua, Bernikah Atas Restu Ibu Bapa Arwah Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok