“Mereka Jiran Bersebelahan..” – Bunga Citra Lestari Berjiran Dengan Bakal Mentua, Bernikah Atas Restu Ibu Bapa Arwah Suami

Hiburan

“Mereka Jiran Bersebelahan..” – Bunga Citra Lestari Berjiran Dengan Bakal Mentua, Bernikah Atas Restu Ibu Bapa Arwah Suami

Berita yang sempat tular di Indonesia hingga ke Malaysia yang mengumumkan bahawa penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya di Bali pada 2 Disember akan datang. Berita gembira itu menerima pelbagai reaksi, ada yang gembira ada juga yang sedih kerana menganggap Bunga telah melupakan arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Namun, berdasarkan sumber, difahamkan pernikahan itu bukanlah hanya berlandaskan kehendak bakal pengantin sahaja. Sebaliknya, keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair sudah memberi restu kepada anak menantu mereka untuk memulakan kehidupan baru bersama orang yang dipilih.

Advertisement

Benar mereka merupakan jiran malah rumah mereka bersebelahan.

Semua dokumen sudah lengkap dan Ahad lalu kami sudah terima surat keizinan bernikah daripada Bunga dan calon suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Pada masa yang sama, telah difahamkan juga Bunga bersama ibu bapa kepada Tiko Aryawardhana merupakan jiran kerana rumah mereka bersebelahan. Namun begitu, diketahui calon suaminya itu tidak tinggal bersama ibu bapanya tetapi masih berdekatan.

Menurut petugas di pejabat agama juga, mereka telah mengeluarkan surat sokongan pernikahan mereka berdua pada 24 November lalu dan hanya sah selama 10 hari bekerja. Disebabkan itu, ura-ura mengatakan pasangan ini bakal rasmi bernikah pada 2 Disember akan datang.

Sebagai info, Bunga dan Allahyarham Ashraf sempat bernikah pada 2008 namun Ashraf disahkan meninggal akibat serangan jantung pada 2020 lalu. Mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bunga
5 months ago

Tekaan Peminat Rupanya Betul, Penyanyi Bunga Citra Lestari Bakal Berkahwin Dengan Duda Di Bali - "Tarikh Kami Belum Tahu tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...