“Tak Membantu..” – Mahdzir Khalid Rasa Potong Gaji Menteri Tak Mampu Tangani Kos Sara Hidup Rakyat

Berita

“Tak Membantu..” – Mahdzir Khalid Rasa Potong Gaji Menteri Tak Mampu Tangani Kos Sara Hidup Rakyat

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz memberi cadangan agar gaji menteri dipotong sebanyak 20 peratus, namun ia dikatakan tidak akan menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpendapat cadangan serta alternatif menyelesaikan masalah berkenaan perlu lebih efisen.

Advertisement

Tambahannya lagi, kerajaan ketika ini sedang mencuba sedaya upaya untuk membantu rakyat hadapi krisis kenaikan harga barang sejak kebelakangan ini.

Datuk Seri Mahdzir

Dalam pada masa yang sama, beliau juga tidak pasti sama ada Rafidah yang memberi cadangan memotong gaji menteri dalam Dewan Rakyat itu hanya saja ingin memerli pihak kerajaan ataupun benar-benar memaksudkannya.

Menurut Mahdzir, cadangan yang di usulkan oleh pihak pembangkang itu sama sekali tidak akan membantu rakyat untuk menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat hari demi hari.

Sekadar info, Rafidah pada Jumaat lalu dilaporkan memberi cadangan agar memotong gaji menteri sebagai tanda menunjukkan sifat empati terhadap negara yang menghadapi krisis ekonomi sejak COVID-19 melanda dan krisis Russia-Ukraine.

sushi RM1
5 bulan lalu

"B40 Tapi Tekak Nak T20"- Sushi RM1 Jadi Topik Hangat Netizen, Dibandingkan Dengan Taraf Restoran Jepun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    June 27, 2022 at 5:05 pm

    Bukan sahaja potong pecat yang tak berkenaan menteri ramai tapi tak berguna. Staff kerajaan pun ramai tapi tak efficient.

  2. Anonymous

    June 27, 2022 at 2:05 pm

    tau pun, potong gaji menteri 20% tak efficient. takut ek, hutang byk nk byr??

    mslhnya, menteri fasola skrng ni, reti ke idak, mrt 1 bln free x mendatangkan faedah? menghapuskan subsidi minyak meyukarkan kehidupan rakyat? rfid tanpa kajian menyeluruh menyebabkan kesesakan? dan bermacam2 la bnda kerajaan skrng melaksanakan tindakan tanpa perancangan dan terburu2, yang akhirnya menyusahkan kami, rakyat!

    time gaji ko nak kena potong, bukan main ye ko punye ayat. time kami punya hak ditarah2, owh, pandai korng ckp, utk membantu ekonomi negara. yang korang tahu kerajan itu salah, kerajaan itu gagal, kerajaan ini pintu belakang. WOOIII, bila nak settle mslh rakyat??!!!! bergaduh kat perlimen macam siamang tak cukup tanah. bila semua plan ko yang macam haprak tu x mendatangkan hasil, senang2 ko nak rakyat bersabar dengan failure korang2 ni dan kami harus berkorban!!! jangan cakap kami ni tak reti bersyukur, kalau masing2 gila kuasa, tak reti nk duk diam dalam parti masing2, korang sndri takde semangat patriotisme dan membela hak rakyat. korang tahu senang dri korang je!!!!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...