“Sangat Biadab Perangai, Berkawan Baik Dengan Isterinya Tapi Bawa Balik Suami Kawan Tu Ke Rumah Berkali-Kali” – Ellie Suriaty

Hiburan

“Sangat Biadab Perangai, Berkawan Baik Dengan Isterinya Tapi Bawa Balik Suami Kawan Tu Ke Rumah Berkali-Kali” – Ellie Suriaty

Pengarah dan juga pelakon, Ellie Suriaty tampil menegur aktress Risteena yang bercakap bagi pihak adiknya, Ruhainies berkenaan isu tangkap khalwat bersama Aliff Aziz baru-baru ini.

Ellie Suriaty beri nasihat

Kata Ellie, perbuatan Risteena yang memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan hal tersebut baginya tidak beradab.

Advertisement

Ini berikutan Ruhainies seperti menganiaya dan melakukan pengkhianatan terhadap kawan seindustri dan pernah baik seperti ‘BFF’ sebelum ini.

Tak manis tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya. Tapi bawak balik suami kawan tu ke rumah berkali-kali. Kawan baik tu langsung tak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim dari seorang kawan baik. Nak saman?

Perasaan ‘syok sendiri’ di lokasi penggambaran

Katanya lagi, dia sebagai seorang guru lakonan itu beranggapan cinta lokasi yang terjadi ketika bekerja itu hanyalah ‘perasaan sendiri’ yang dilayan namun watak yang dijayakan, ‘kelaut’.

EllieSumber : Instagram  

Yang feel terlebih tu diri sendiri. Tuntutan watak boleh saja panggil kau aku tapi bila kamera roll watak yang berperanan, bukan personaliti diri kita yang menguasai watak itu.

Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tidak menjadi. Yang jadi adalah layan cinta lokasi tapi watak kelaut. Saya seorang guru lakonan.

“Itulah jenis kawan tidak ada sikap perikemanusiaan, tak ada hati perut. Sangat biadab sikapnya muat naik video mesra luar biasa di set penggambaran feeling-feeling dengan suami kawan baik” tulisnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies
9 months ago

"Saya Sikit Pun Tak Terganggu.." - Risteena Tenang Diserang Netizen, Mengakui Lebih Tahu Perkara Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...