“Saya Sikit Pun Tak Terganggu..” – Risteena Tenang Diserang Netizen, Mengakui Lebih Tahu Perkara Sebenar

Hiburan

“Saya Sikit Pun Tak Terganggu..” – Risteena Tenang Diserang Netizen, Mengakui Lebih Tahu Perkara Sebenar

Ekoran tularnya isu hangat yang membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies, Risteena mengakui dia dan adiknya masih tenang dan menjalankan kehidupan seharian seperti biasa sahaja.

Tidak terkesan sama sekali

Menurut Risteena atau nama penuh, Nur Risteena, dirinya mengakui tidak terpukul dengan kontroversi yang sedang berlegar di media sosial itu. Katanya, dia lebih tahu soal perkara yang sebenar dan tidak risau dengan apa yang terjadi.

Advertisement

Bukan itu sahaja, soal diserang di media sosial, Risteena juga tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan padanya. Tambah kakak Ruhainies ini, dia tahu lumrah sebagai seorang public figure.

Saya tidak pernah peduli dengan apa yang diperkatakan orang ramai kerana lebih mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

 

Secara jujurnya, saya sedikit pun tidak berasa terganggu apabila diserang netizen atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang.

 

Saya faham kehidupan sebagai seorang public figure akan sentiasa berhadapan dengan situasi sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Tindakan lanjut

Pada masa yang sama, pelakon ini turut menjawab persoalan orang ramai tentang mengapa masih tiada penjelasan daripada Ruhainies. Menurutnya, adiknya itu akan mengambil tindakan undang-undang pada mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah kepadanya.

Selepas kes ni selesai, sekiranya terdapat fitnah dari netizen berkaitan kes ini, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang.

 

Pihak Ruhainies telah pun screenshot semua fitnah yang dilemparkan padanya ketika ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Sebelum ini, akaun media sosial milik Risteena telah diserang oleh warganet susulan berita yang tular berkenaan Ruhainies yang ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz, suami kepada Bella Astillah.

risteena
2 months ago

"Jangan Serang, Nanti I Marah Makan Dalam Tau" - IG Diserang Dek Isu 'Panas' Ruhainies, Risteena Tampil Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...