Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Main-Main Jika Babitkan Maruah Keluarga, Sheila Rusly Buat Laporan Polis

Sheila Rusly

Pelakon dan juga penerbit terkenal, Sheila Rusly dan juga suami, Jinggo difahamkan telah membuat satu laporan polis berhubung kes sebuah halaman Facebook yang didakwa memfitnah membabitkan anaknya dengan pelakon Janna Nick.

Advertisement

Jelas Sheila, perkara yang melibatkan maruah ahli keluarganya akan dipandang serius dan bukanlah suatu perkara yang boleh dibawa main.

Menerusi laman Instagram pengarah drama Ratu Ten Pin itu, dia ada memuat naik foto laporan polis yang dipegang suaminya Jinggo untuk tatapan peminat.

Dia dalam pada itu berharap agar apa yang terjadi itu dapat dijadikan pengajaran kepada mereka di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap orang lain.

Terdahulu, Sheila meluahkan rasa berang dan tidak puas hati kepada sebuah halaman Facebook yang membuat kenyataan mengaitkan anaknya Uzair Haqimy dengan pelakon Janna Nick.

Kemudian, admin halaman Facebook tersebut tampil memohon maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly dan keluarga serta Janna Nick.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top