Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan Sesekali Usik Menantu Saya” – Sheila Rusly Beri Amaran Kepada Penyebar Fitnah

sheila rusly elisya sandha

Sudah pun selamat disatukan, masih ada juga kisah tidak baik yang terpalit pada Elisya Sandha, Uzair Haqimy dan Sheila Rusly berkaitan cerita lama.

Advertisement

Disebabkan oleh itu, Sheila Rusly memberikan amaran tegas kepada semua media yang melaporkan berita berunsur fitnah terhadap keluarganya terutamanya berkaitan perkahwinan di antara Uzair dan Elisya.

Ini berhubungan sebuah akaun di Facebook yang membuat naik entri yang mengaitkan anak sulungnya dengan Janna Nick.

Saya marah sebab isu itu fitnah, Kalau melibatkan isu yang menyentuh keluarga saya, saya tidak boleh duduk diam. Pada saya, mereka tidak perlu mengambil peluang untuk mereka-reka cerita semata-mata untuk melariskan berita.

sheila rusly elisya sandha

Jelas wanita itu, perkara itu langsung tidak pernah berlaku malah Uzair dan Elisya sudah pun mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi.

Bukan sahaja marah, Sheila turut berasa hairan bagaimana cerita ini boleh timbul sedangkan selama ini, dia langsung tidak pernah bercakap apa-apa mengenainya.

Saya tidak faham. Saya menjaga aib dia (Janna). Sebab itu saya tidak mahu bercerita apa yang berlaku dan saya mengharapkan mereka-mereka di luar sana untuk terus melupakan apa yang telah berlaku.

Tegas Sheila, dia meminta agar tiada sesiapa pun yang ‘mencuit’ Elisya memandangkan dia sangat menyayangi wanita itu.

Jangan sesekali usik menantu saya. Saya sangat sayangkan Elisya. Jadi tolong jangan tulis cerita yang tidak betul dan boleh mengguris hati menantu saya.

Katanya, jikalau Elisya bersedih, ahli keluarganya yang lain juga akan bersedih sekaligus memberi amaran supaya tidak melakukan perkara sedemikian.

Bukan itu sahaja, dia terkesan kerana menantunya itu tidak pernah mengganggu sesiapa. Bahkan risau memikirkan hati keluarga Elisya yang mungkin turut terasa kerana berita ini.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah sesekali mengatur perkahwinan antara Uzair dengan Elisya kerana menyerahkan urusan jodoh anaknya itu pada Allah SWT.

Tapi disebabkan jodoh mereka kuat dan saya nampak keikhlasan jodoh mereka, jadi saya merestui perkahwinan anak saya dengan Elisya. Jadi cukuplah ambil tahu hal keluarga saya, jangan tabur fitnah lagi.

Semoga perkahwinan Uzair dan Elisya dilimpahi bahagia sahaja.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Aku Menyampah

    August 25, 2021 at 6:08 pm

    Setuju.. Nmpk mcm sgaja nak burukkan Janna. Perluka mention mcm gtu..??

  2. unknown

    August 25, 2021 at 9:20 am

    kannn.. untung Elisha

  3. Anonymous

    August 24, 2021 at 10:14 pm

    Tak minat Janna Nick. Tapi tak perlu rasanya Shiela Rusly mention ‘nak jaga aib Janna.’ Secara berlapik memburukkan Janna sbb mesejnya nak org tau Janna ada keburukan.

  4. brunes

    August 24, 2021 at 4:50 pm

    lucky girl to have such a kind and loving mertua

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top