Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Mahu Vaksin, Anak Pelakon Buat Laporan Polis

anak ellie suriaty

Lebih setahun dunia dilanda pandemik menggerunkan, namun masih ada yang menolak untuk mengambil vaksin bagi mengekangnya sekaligus membantu melindungi orang di sekeliling mereka.

Advertisement

Berikutan pemberian vaksin bagi pelajar sekolah lingkungan 12 hingga 17 tahun yang bakal dilaksanakan nanti, dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka menolak pelaksanaan tersebut baru-baru ini.

Memberikan alasan risau dengan dirinya dek imunisasi yang tiada jaminan kerajaan, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, nekad membuat laporan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Advertisement

Katanya, dia mempunyai hak untuk menolak dijadikan bahan ujian selain menyatakan jikalau ada perkara negatif yang berlaku, dia dan keluarga yang terpaksa menanggungnya.

Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin yang masih lagi pada tahap ujian klinikal.

Tambah remaja itu lagi, terdapat pelbagai kaedah rawatan lain yang boleh dijadikan alternatif seperti pendekatan tradisional secara holistik iaitu rawatan homeopathi serta makanan sunnah yang sudah menjadi amalan keluarganya.

Bukan sahaja Azrell, laporan itu turut dibuat oleh adiknya Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17. Mereka ditemani oleh ibunya, Ellie Suriaty Omar.

Selain itu, Azrell masih terdapat pelbagai kemusykilan mengenai vaksin yang belum terjawab selain kandungannya yang patut dipersoalkan dan perlu dijalankan kajian yang lebih mendalam.

anak ellie suriatySumber : Malaysia Gazette  

Menurut remaja itu, keluarganya juga masih belum mendapatkan vaksin sehingga kini kerana mereka mempunyai hak untuk menentukan sama ada mahu ataupun enggan mengambilnya.

Dalam pada itu, Azrel menegaskan laporan itu dibuat mengikut kewarasan akalnya sendiri dan tanpa paksaan sesiapa pun.

Bahkan dia sudah mendapatkan pelbagai informasi berkaitan vaksin dan COVID-19 menerusi carian internet, daripada luar negara serta maklumat daripada ibu dan juga kenalannya.

Dari situ saya dapat menilai sendiri segala maklumat berkaitan pemberian vaksin yang diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. Lala

    September 1, 2021 at 7:04 pm

    sangat setuju.. org yang antivax/prosafe ni bukannya org jahat pun yang sengaja tak ambik vaksin supaya dorg boleh menjangkiti orang lain.. sebenarnya, dorg pun berhati2 untuk tidak menjangkiti dan dijangkiti…

  2. Anonymous

    September 1, 2021 at 3:19 pm

    sy adalah bekas pesakit covid. Allah masih bg kesempatan sy utk bersama anak2 dan keluarga. alhamdulillah masa terkena jangkitan sy dah settle 2 dos vaksin (w/pun second dose belum lpas 14 hari). sy mmg amalkan makanan sunnah even sebelum kena jangkitan. masa dah kena, jgn ceritalah segala benda sunnah aku telan. dan selain kehendak Allah, sy rasa vaksin yg tlg sy recover juga. sbb sy makan paracetamol berdozen2 pun xde effect kt demam. yg tak vaksin tu tp x kena, mungkin rezeki dia kt situ. cuma nk kata, jgnlah kita terlalu prejudis terhadap sesuatu benda. semua kerajaan cakap kita rasa tipu. semua benda org lain buat, kita rasa ada agenda lain. sikit2 nak jadi pihak yg konon berpendirian dan memperjuangkan hak. semua org yg ikut ni konon bodoh mcm kerbau dicucuk hidung. kalau semua benda ni memudaratkn (even bukan covid), buat apa org berhabis duit beli vaksin ni? jgnlah pikir semua org jahat dan nak kenakan org lain je kerjanya. kita kena vaksin pun free ja. lagi satu yg buat report polis ni apahal? tak nak cucuk, diam sudah.. sesudahlah jadi attention seeker.

  3. Vincent

    September 1, 2021 at 2:14 pm

    Alhamdulillah…ada jugak yang berani tampil buat laporan. Saya faham rata2 rakyat Malaysia memang yakin dengan vaksin ni sebagai usaha mencegah. ok ambil konteks mencegah, sy rasa tak salah untuk yg antivaks untuk ambil inisiatif pencegahan yg lain. sebagai org Islam yg penting kita kena yakin dengan Allah.sbb yg bg ilham nak decide sesuatu dalam hidup pun Allah baik yg buruk mahupun yg baik (biarpun org tu x alim tapi yakin dgn Allah..apa masalahnya?). Jgnla fikir org itu antivak so dia x kisah pasal kesihatan hidup dia dan keluarga atau org sekeliling…diorg ni fikir pasal family/anak2 la sbb tu xnak ambik..ade satu kes terdekat saya,satu keluarga lepas ambil vaks,semua kena covid..ade ahli keluarga dia x vaks lagi..x kena! serious..sehinggakan yg kena covid ni sgt2 yakin yg x vaks tu yg pembawa,dah test berkali2 mmg tetap negatip.nampak x? sebelum datangnye vaksin, numbers covid masih ok lagi tahun lepas..sekrang ni..lagi byk pemberian vaksin..lagi tinggi numbers kena covid..ok..tu korg provaks ni tlg la pi kaji ingredient vaks tu..bukan ambil statistik KKM semata2..sbb hr tu KKM dah manipulate info kata hanya 4 kematian selepas vaksin..byk kes lepas vaksin kena covid..pastu ade masalah kemerosotan kesihatan..ade yg tetibe kena kanser..kalau korg kaji content vaksin..banyak dah negara buat protes..malaysia je yg dok diam lagi..huhu

  4. HALIZA HASHIM

    September 1, 2021 at 11:22 am

    moga ibu kau insaf dik…moga Allah beri petunjuk pada mak kau…buka fikiran mak kau..kau bawah umur…belum cukup akal dan fikiran utk buat penilaian.

  5. Anonymous

    September 1, 2021 at 10:42 am

    Ilmu ko belum cukup dik. Mak cik nie dah lengkap dua dos tapi makcik tetap juga positif. Cuma makcik takde simptom teruk dik. Mmg vaksin banyak bantu makcik dik. Takat membaca and buat analisa belum cukup untuk cakap macam tu dik. Akal ada guna sebaik mungkin. Takpe lah ko sihat tubuh badan sekarang, sok2 bila dah kena covid, baru nak cakap “Covid is real’. Time tu too late dik nk ckp berdasarkan “pembacaan saya dan analisa”, Jangan jadi bodoh dik. Jadi cerdik dik. Memanglah ambil vaksin tu adalah hak individu, tapi kalo hak kau menyusahkan orang lain, baik ko ambil. Senang citer ambil. Tak payah nk buat publisiti ciput macm nie.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top