Tak Mahu Vaksin, Anak Pelakon Buat Laporan Polis

Hiburan

Tak Mahu Vaksin, Anak Pelakon Buat Laporan Polis

Lebih setahun dunia dilanda pandemik menggerunkan, namun masih ada yang menolak untuk mengambil vaksin bagi mengekangnya sekaligus membantu melindungi orang di sekeliling mereka.

Suhaimi Saad
4 bulan lalu

"Respect 779 Cikgu Tolak Vaksin, Tak 'Bodoh' Macam Kebanyakan Netizen" - Suhaimi Saad

Advertisement

Berikutan pemberian vaksin bagi pelajar sekolah lingkungan 12 hingga 17 tahun yang bakal dilaksanakan nanti, dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka menolak pelaksanaan tersebut baru-baru ini.

Memberikan alasan risau dengan dirinya dek imunisasi yang tiada jaminan kerajaan, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, nekad membuat laporan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Advertisement

Katanya, dia mempunyai hak untuk menolak dijadikan bahan ujian selain menyatakan jikalau ada perkara negatif yang berlaku, dia dan keluarga yang terpaksa menanggungnya.

Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin yang masih lagi pada tahap ujian klinikal.

Tambah remaja itu lagi, terdapat pelbagai kaedah rawatan lain yang boleh dijadikan alternatif seperti pendekatan tradisional secara holistik iaitu rawatan homeopathi serta makanan sunnah yang sudah menjadi amalan keluarganya.

Bukan sahaja Azrell, laporan itu turut dibuat oleh adiknya Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17. Mereka ditemani oleh ibunya, Ellie Suriaty Omar.

Selain itu, Azrell masih terdapat pelbagai kemusykilan mengenai vaksin yang belum terjawab selain kandungannya yang patut dipersoalkan dan perlu dijalankan kajian yang lebih mendalam.

anak ellie suriatySumber : Malaysia Gazette  

Menurut remaja itu, keluarganya juga masih belum mendapatkan vaksin sehingga kini kerana mereka mempunyai hak untuk menentukan sama ada mahu ataupun enggan mengambilnya.

Dalam pada itu, Azrel menegaskan laporan itu dibuat mengikut kewarasan akalnya sendiri dan tanpa paksaan sesiapa pun.

Bahkan dia sudah mendapatkan pelbagai informasi berkaitan vaksin dan COVID-19 menerusi carian internet, daripada luar negara serta maklumat daripada ibu dan juga kenalannya.

Dari situ saya dapat menilai sendiri segala maklumat berkaitan pemberian vaksin yang diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

19 Comments

  1. Vincent

    September 3, 2021 at 2:57 pm

    Australia..USA itself..France..German..news protes x masuk mainstreamnews ye kawan2…

  2. Anonymous

    September 2, 2021 at 2:56 pm

    Cuba senaraikan negara mana yg protes vaksin tu nak juga tahu

  3. Kelupis Daging

    September 2, 2021 at 9:27 am

    kami yang kat Brunei ne berebut nak di vaksin.Yang anak ne membantah plak. Jgn nanti 1 hari bila vaksin x lagi free bru sibuk nak cari. hee. Well, keputusan di tangan mu. Vaksin ne sebenarnya boleh terkena COVID tpi tidak seteruk orang yang x vaksin.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...