Tampil dengan pakej raut wajah kacukan Melayu-Jordan dan bertubuh tinggi lampai menjadi nilai tambah buat YouTuber Aiser Khaled sebagai pendatang baru untuk terus mekar di dalam industri seni.
Sebelum ini, namanya tidak asing selalu disebut di dalam media sosial kerana sering mencipta kandungan di saluran YouTube yang jelas disifatkan sebagai tidak sensitif dan mengundang kemarahan orang ramai.
Walaupun begitu, Aisar mengakui kesalahan yang dilakukan dan dalam pada itu dia memberitahu kepada pihak Kosmo bahawa dia tiada sebarang niat untuk menyinggung hati mana-mana pihak.
View this post on Instagram
Saya tahu khilaf saya. Saya tahu saya berlebihan dalam membuat kandungan. Kadang-kadang diri ini alpa sebab saya juga manusia biasa. Saya terbuka menerima sebarang teguran, kecaman mahupun sokongan membina.
Tambah pensohor media sosial itu lagi, dia tidak mahu dicap sebagai selebriti yang kebal kontroversi kerana apa yang berlaku tidak dirancang dan bagi beliau juga, perkara-perkara negatif seperti cacian serta makian tidak dapat dielak jika seseorang itu sudah bergelar selebriti.
Dalam pada masa yang sama, apabila menceritakan tentang lakonan, lelaki berketinggian 190 cm mengakui masih mentah dalam dunia seni tetapi turut bersyukur kerana diberi kesempatan untuk memegang watak utama dalam filem komedi seram Hantu Ke Lima yang boleh ditonton di Astro Shaw.
Semoga Aisar berjaya dalam dunia seni ini!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.