Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aisar Khaled Tepis Dakwaan Dia Paksa Lelaki Peluk Islam

aisar khaled

Aisar Khaled sebelum ini berkongsi dirinya yang telah mengislamkan seorang saudara baharu. Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang memuji dan ada juga yang menegur caranya mengislamkan orang tidak sesuai.

Advertisement

Disebabkan itu Aisar dilihat berkongsi satu lagi video untuk menjelaskan apa yang berlaku. Dia turut menegaskan lelaki itu memeluk Islam dengan kerelaan hatinya tanpa dipaksa seperti dakwaan sesetengah pihak.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-25-674x600.png

Saya mengajak dia masuk Islam, saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing insya-Allah. Orang tak tahu sebelum saya mengajak dia masuk Islam, sahabat menceritakan masalah hidup dia. Saya menjadi pendengar yang baik.

Aisar kemudian memaklumkan dia mengajak lelaki itu untuk minum untuk bercerita lebih lanjut. Sebelum pulang Aisar terdetik untuk mengajak lelaki itu memeluk Islam.

Dia setuju untuk masuk Islam, saya langsung tak paksa dia. Saya memberitahu dia kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah dia terima Islam. Saya akan membawanya untuk dibimbing. – Katanya.

Aisar

Bagaimanapun apa yang dijelaskan Aisar masih menjadi persoalan ramai orang. Ada juga yang merasakan tindakan Aisar ini tidak menghormati agama lain. Apapun soal keikhlasan hati Aisar ini hanya Allah sahaja yang tahu dan jika niatnya baik, baiklah jadinya.

 

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top