Tular di media sosial sejak semalam berkenaan video muzik lagu terbaharu jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima yang dikatakan terlalu ‘over’ dan melampaui batas.
Berikutan kecaman yang diterima usahawan itu, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita tampil memberi nasihat ‘pedas’ buat anaknya itu.
View this post on Instagram
Kata Rozita, tindakan Aliff berjoget keterlaluan seperti itu bakal mengundang bala dan dia sama sekali membenci perbuatan itu.
Wallahi benci. Sudah jangan mengundang bala. Satu-satu kri jemput. Yakinlah kri niaga ni tak perlu artis akan berjaya. Tak payah joget laga punggung pun dapat rezeki.
Setelah diberi teguran oleh ibunya, Aliff kemudian menutup ruangan komen hantaran video tersebut mungkin enggan lagi dikecam warga maya.
Terdahulu, Datuk Aliff Syukri berkata konsep video muzik lagu terbaharunya itu adalah bertemakan kumpulan Korea seperti BTS dan Black Pink.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.