Sedia maklum, sejak isteri mengambil keputusan untuk membuka tudung, Haqiem Rusli serta Anis Sofea tidak henti-henti menerima kecaman daripada netizen.
Sedar mengenai hal tersebut, Haqiem tidak mempunyai sebarang masalah untuk terima nasihat serta komen positif daripada netizen mengenai isteri dan rumah tangganya.
Kata penyanyi itu, jika nasihat yang diberikan oleh netizen itu betul, dia akan menerima dengan hati terbuka.
Tapi bukan dengan cara maki hamun di media sosial. Dalam hidup ini, kita kena ada adab, walaupun nak beri nasihat.
Apabila ditanya kenapa lebih suka mendiamkan diri, penyanyi tersebut tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan jika membalas komen-komen netizen.
Mengulas mengenai rumah tangganya, Haqiem memaklumkan dia serta pasangan tidak terkecuali melalui liku-liku kehidupan sebagai pasangan berkahwin.
Sekadar info, Haqiem Rusli dan Anis Sofea telah mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Cyberjaya.