Haqiem Rusli Akui Sedang Mencuba Pujuk Isteri Untuk Pakai Tudung Semula – “Takkan Nak Pukul, Itu Dayus”

Hiburan

Haqiem Rusli Akui Sedang Mencuba Pujuk Isteri Untuk Pakai Tudung Semula – “Takkan Nak Pukul, Itu Dayus”

Penyanyi, Haqiem Rusli sering diajukan soalan tentang isterinya Anis Sofea yang kini tidak lagi berhijab dan dia akui kini sedang dalam proses memujuk.

Menerusi temu bual terbaru, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata dia menyedari kesilapan dilakukan isterinya yang mendapat kecaman hebat daripada warganet.

Advertisement

Bagaimanapun, Haqiem menganggap dia agak lembut dan tidak cukup tegas dalam menegur isterinya berhubung hal tersebut.

Mungkin cara saya agak lembut. Takkan kita nak pukul isteri, itu dah dayus. Komen yang menasihati, saya dan Sofea terima. Netizen boleh saja nak DM, yang kenalan rapat tu jangan cakap belakang. Straight to the point je, lebih bagus.”

haqiem anis

Jelas Haqiem, dia turut mengingatkan Sofea untuk tidak terlalu agresif di media sosial kerana ia sudah tentunya akan mengeruhkan keadaan.

Dalam pada itu, Haqiem juga memohon peminat untuk mendoakan yang terbaik dan enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya soalan membabitkan mereka berdua dan keluarga.

Tak semua perkara saya nak kongsi di media sosial, macam sekarang ini saya dalam proses untuk memujuk isteri saya dan membaik pulih keadaan ini, doakan baik-baik saja untuk kami.”

haqiem rusli tutup mulut
11 months ago

"Tu Biar Saya, Isteri Dan Tuhan Saja Tahu" - Punca 'Free Hair' Dirahsiakan, Haqiem Halang Isteri Ditemubual

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...