“Tak Kelakar..” – Hanya Mampu Tengok Kawan Suap Isteri Makan, Netizen Sebak Dengan Respon Shuib

Hiburan

“Tak Kelakar..” – Hanya Mampu Tengok Kawan Suap Isteri Makan, Netizen Sebak Dengan Respon Shuib

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan rakan selebriti, Ajak bersama isteri telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dilihat hanya mampu merenung Ajak menyuap isterinya makan dihadapannya.

Advertisement

Malah, pelawak berusia 38 tahun itu turut dilihat menyuap diri sendiri dan berseloroh di ruangan kapsyen mengatakan dia bukan makan nasi tetapi sebaliknya makan hati.

Bagaimanapun, video berdurasi 33 saat yang sepatutnya menjadi bahan jenaka itu rupa-rupanya mengundang sebak orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga net meluahkan rasa simpati terhadap Shuib yang sudah pasti merindui Allahyarham isterinya, Siti Sarah.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mengakui mereka tidak tertawa sebaliknya mengalirkan air mata melihat video tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib
2 years ago

"Dia Memang Hensem, Kita Je Lalai!" - Ramai Netizen Setuju Shuib Duda 'Terhangat' Di Pasaran?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...