“Dia Memang Hensem, Kita Je Lalai!” – Ramai Netizen Setuju Shuib Duda ‘Terhangat’ Di Pasaran?

Hiburan

“Dia Memang Hensem, Kita Je Lalai!” – Ramai Netizen Setuju Shuib Duda ‘Terhangat’ Di Pasaran?

Masih kekal misteri, pelawak dan usahawan Shuib nampaknya masih lagi dalam misi mencari isteri untuk dijadikan pelengkap hidup dia dan anak-anak.

Mungkin boleh diibaratkan sebagai duda ‘terhangat’ masa kini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mengakui ada menerima banyak mesej peribadi daripada wanita-wanita yang ingin menjadi teman hidupnya.

Advertisement

Malah, ada juga makcik-makcik yang meluahkan hasrat untuk menjadikan Shuib sebagai menantu.

Meskipun begitu, Shuib enggan berkongsi mengenai statusnya kini kerana masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada umum.

Seperti dalam satu hantaran video yang kemudiannya menjadi tular ini, seorang individu ada memuat naik klip video Shuib ketika ditemuramah Nabil Ahmad dalam program MeleTOP.

@m.mish4

shuib ni hensem wehh ? #shuibsepahtu

? Shinunoga E-Wa – Fujii Kaze

Mengakui duda anak empat itu sebagai seorang yang kacak dan kemas penampilannya, ramai netizen tampil meninggalkan pendapat yang sama di bahagian komen.

Shuib memang hensem cuma kita je lalai.

Korang baru perasan ke aku dah lama perasan di hensem je?

Malah, ada juga yang berkata Shuib mempunyai aura yang tersendiri sehingga ramai yang terpaut dengan keperibadiannya.

“Suka tengok Shuib ni, dari start Sepahtu Reunion lagi. Suka dia punya personaliti dengan attitude dia.” komen netizen lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tomok
2 years ago

"Komitmen Sangat Tinggi" - Tomok Enggan Terlalu Fokus Pada GV9, Nafi Isteri Dan Anak-Anak Terabai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...