Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan rakan selebriti, Ajak bersama isteri telah mencuri perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dilihat hanya mampu merenung Ajak menyuap isterinya makan dihadapannya.
Malah, pelawak berusia 38 tahun itu turut dilihat menyuap diri sendiri dan berseloroh di ruangan kapsyen mengatakan dia bukan makan nasi tetapi sebaliknya makan hati.
Bagaimanapun, video berdurasi 33 saat yang sepatutnya menjadi bahan jenaka itu rupa-rupanya mengundang sebak orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga net meluahkan rasa simpati terhadap Shuib yang sudah pasti merindui Allahyarham isterinya, Siti Sarah.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mengakui mereka tidak tertawa sebaliknya mengalirkan air mata melihat video tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.