“Tak Jumpa Chemistry..” – Renggo Arrow Kekok Berduet Dengan Nabila Razali

Hiburan

“Tak Jumpa Chemistry..” – Renggo Arrow Kekok Berduet Dengan Nabila Razali

Sebelum ini, viral di rata-rata media sosial selepas penyanyi, Nabila Razali tidak mengecam penyanyi 90an, Renggo Arrow dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima pada April lalu.

Baru-baru ini, Suria FM telah menggandingkan dua generasi ini dalam satu pentas yang sama untuk berduet menerusi lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di Paradigm Mall.

Advertisement

Menerusi laporan Mstar, Renggo atau nama sebenarnya Muhammad Zain Ramli berkata ini merupakan pengalaman pertama mereka berduet dan berkolaborasi bersama.

Rasanya chemistry belum ada lagi tapi kalau diberikan peluang sekali lagi InsyaAllah kami akan buat yang terbaik.

Idea untuk kolaborasi ini spontan saja, dalam pemikiran Bella pun ia merupakan satu yang wow dan pihak Suria pun mengganggap perkara yang sama, jadi saya hanya mengikut seperti yang dirancang.

Dalam pada itu, Nabila turut mengakui berasa sedikit gementar untuk bergandingan dengan Renggo kerana memikul tanggungjawab besar menyanyikan lagu kumpulan itu.

Pertama sekali memang agak nervous sebab nak bawa lagu yang semua orang tahu dan itu satu tanggungjawab yang besar sebab saya masih setahun jagung dalam industri.

InsyaAllah kalau ada rezeki Bella dan abang Renggo akan disatukan dalam satu lagu baru cuma yang itu korang semua kena nantikan update daripada kami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib dan zara zya marketing
3 bulan lalu

"Marketing Hebat!" - Tular Foto Mesra Zara Zya Dan Shuib, Tapi Netizen Dah Naik Muak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...