“Tak Jemu Mata Memandang..”- Dah Mula Berhijab Sejak Ramadan, Peminat Sokong Lana Nodin Berhijrah

Hiburan

“Tak Jemu Mata Memandang..”- Dah Mula Berhijab Sejak Ramadan, Peminat Sokong Lana Nodin Berhijrah

Pelakon Lana Nodin baru-baru ini telah berjaya mencuri perhatian peminat kerana tampil berhijab sempena Aidilfitri tahun ini.

Tampil berhijab di Hari Raya

Cantik manis mengenakan tudung, Lana menerima reaksi positif daripada peminat yang mengikuti perkembangan hidupnya sejak sekian lama.

Advertisement

Masih dalam fasa menyesuaikan diri

Ditemui media, Lana mengakui dia kini sedang menyesuaikan diri untuk berhijrah memakai tudung namun enggan terlalu drastik dan terburu-buru.

Saya masih dalam fasa mencuba dan sesuaikan diri. Iyalah, umur sudah masuk 45 tahun. Inilah masanya hendak mencuba. Sebenarnya, saya cuba berhijab sejak bulan puasa lagi.

Ujarnya lagi, pelakon Lisdawati banyak memberi nasihat untuk dirinya bertudung kerana sudah hampir memasuki usia 50 tahun.

Tapi tidaklah saya beriya-iya. Saya pakai ‘shawl’ sebab memudahkan. Saya sedang berusaha. Pada usia ini, kita dalam fasa ‘slow down’ (perlahankan rentak). Tetapi, saya masih berlakon, jangan fikir saya tidak lagi beraksi. Mungkin watak jahat bertudung selepas ini boleh saya bawa, menggantikan Liza Abdullah.

Malah, suami kesayangan, Daud Mackenzie juga menyokong dan bersama-sama mendekatkan diri dengan Allah termasuklah anak-anak mereka.

Sekadar info, Lana Nodin dan suami mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fatiya Latiff
2 weeks ago

"Saya Dah Saman Secara Diam, Tunggu Sajalah" - Fatiya Latif Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Orang Yang Menuduhnya 'Mental'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...