“Saya Dah Saman Secara Diam, Tunggu Sajalah” – Fatiya Latif Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Orang Yang Menuduhnya ‘Mental’

Hiburan

“Saya Dah Saman Secara Diam, Tunggu Sajalah” – Fatiya Latif Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Orang Yang Menuduhnya ‘Mental’

Pelakon sensasi penuh kontroversi, Fatiya Latiff memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menuduhnya mempunyai kesihatan mental.

Fatiya saman dalam diam

Ujar Fatiya, perkara itu walau bagaimanapun bersifat peribadi dan dia enggan berkongsi perihal tersebut kepada orang awam.

Advertisement

Mengenai masalah kesihatan, saya tak nak kongsi. Ia adalah sesuatu yang peribadi. Kenapa saya nak kena kongsi dengan orang yang saya tak kenal?

Orang-orang ini semua suka nak keluarkan perkara yang sepatutnya menjadi sesuatu yang peribadi. Tak boleh kerana benda tu boleh disaman tau.

Jelasnya lagi, dia telah mengeluarkan saman kepada beberapa pihak dan individu secara diam dan meminta mereka untuk menunggu sahaja surat saman berkenaan.

Sekarang ni saya dah keluarkan banyak saman yang orang tak tahu lagi. Saya sendiri tak boleh bagi tahu pihak mana yang saya dah saman tapi memang ada pihak tertentu yang saya dah saman secara diam, jadi tunggu sahajalah surat saman saya.

Tindakan saman hanya untuk pertahankan diri

Kata Fatiya, tindakannya itu hanyalah sebagai respon mempertahankan diri daripada dilabel lemah orang sesetengah pihak yang sering menganggu kehidupan peribadinya.

Dia juga menegaskan tidak lagi mempercayai orang lain sewenang-wenangnya dan meminta orang di luar sana untuk berhati-hati dalam percakapan kerana kifarah adalah sesuatu yang benar.

“Saya bukan jenis ‘fake’. Ada sesetengah selebriti yang ‘fake’, mereka boleh bertahan, mungkin kerana mereka ada ‘back up’ tetapi saya ada diri sendiri. Itu adalah satu-satunya cara dan saya harus pertahankan hak dan diri saya… Saya baik-baik sahaja” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelakon sate
2 weeks ago

(VIDEO) Dulu Top 5 Anugerah Skrin, Pelakon Wanita Kini Berniaga Sate Demi Sesuap Rezeki - "Jangan Curiga Dengan Rezeki"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...