(VIDEO) Dulu Top 5 Anugerah Skrin, Pelakon Wanita Kini Berniaga Sate Demi Sesuap Rezeki – “Jangan Curiga Dengan Rezeki”

Hiburan

(VIDEO) Dulu Top 5 Anugerah Skrin, Pelakon Wanita Kini Berniaga Sate Demi Sesuap Rezeki  – “Jangan Curiga Dengan Rezeki”

Meskipun pernah terlibat dalam dunia hiburan dan glamor, namun ia tidak menjanjikan kehidupan senang sehingga ke akhir hayat.

Begitulah yang dihadapi pelakon wanita Sharisa Haris yang pernah tercalon dalam top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 yang kini melibatkan diri dalam perniagaan menjual sate sebagai sumber pendapatan hariannya.

Advertisement

Maklum Sharisa, dia pernah menulis beberapa naskah skrip drama dan travelogue dan membintangi drama di bawah arahan pengarah terkenal, Budak Ijat.

Dulu aku seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia. Pernah juga menulis beberapa naskhah skrip drama dan travelogue. 2019 adalah drama terakhir aku shoot (Adelle Sofea) arahan director yang sangat aku hormati dan kagumi iaitu abang Ejat atau Shahrulezad Mohameddin.

Dulu mungkin orang kenal sebab berlakon tapi bukan famous sangat pun. Sekarang mesti orang tak kenal. Tetapi alhamdulillah pernah tercalon top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014.

Aktres itu berkongsi kisah hidupnya di laman TikTok dan turut berkongsi pengalamannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan makanan kini.

Perjalanan aku di dunia f&b (food and beverages) semakin serius pada tahun 2017. Bermula sebagai seorang cleaner, kemudian diberi peluang sebagai waiter dan kini diberi kepercayaan sebagai tukang bakar satay.

Begitulah kisah akak sado (panggilan nama) dalam mencari sesuap nasi. Korang yang nampak video ini saya nak pesan, jangan curiga dengan rezeki setelah engkau berpenat lelah berusaha.

Sekadar info, antara drama yang pernah dibintangi Sharisa adalah seperti Monalisa, Adellea Sofea dan juga Aurora Aisyah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies
2 weeks ago

"Jangan Pandang Rendah Kepada Kehebatan Menyepikan Diri Terlalu Lama.." - Ruhainies

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...