Tak Jadi Saman, Kes Saman Siti Nordiana Dan Lima Sekawan Berakhir – “Kami Saling Bermaaf-Maafan”

Hiburan

Tak Jadi Saman, Kes Saman Siti Nordiana Dan Lima Sekawan Berakhir – “Kami Saling Bermaaf-Maafan”

Hampir dua tahun naik turun mahkamah, kes saman fitnah bernilai RM2.5 juta antara penyanyi Siti Nordiana dan lima sekawan menemui jalan penyelesaian setelah mereka dilaporkan saling bermaaf-maafan.

Perkara itu turut disahkan peguam Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin di mana dia memaklumkan bahawa perbicaraan itu tidak dapat diteruskan kerana terdapat perbincangan antara Siti Nordiana dan lima defendan terbabit bagi tujuan menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik.

Advertisement

Siti Nordiana selaku plaintif dan kelima-lima defendan bersetuju untuk melakukan demikian di hadapan Hakim iaitu Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi.

Hakim Mohd Johan turut menitipkan pesanan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dilontarkan.

Lima sekawan, penyanyi Lan Solo, isteri, Syura Badron, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad tampil membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.

Siti Nordiana juga tampil memohon maaf dan menyatakan dia telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Terdahulu, kontroversi mula tercetus apabila lima sekawan itu ada melakukan pendedahan yang mencemarkan nama baik ketika mereka mempunyai konflik dengan Siti Nordiana suatu ketika dahulu pada sesi Instagram Live pada 20 Julai 2021.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tyra siti
5 months ago

Hubungan Tyra Kamaruzzaman Dengan Siti Nurhaliza Kekal Baik, Netizen Anggap 'Menantu Tak Jadi' - "Saya Masih Hormat Dan Sayang Kepadanya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...