Hubungan Tyra Kamaruzzaman Dengan Siti Nurhaliza Kekal Baik, Netizen Anggap ‘Menantu Tak Jadi’ – “Saya Masih Hormat Dan Sayang Kepadanya”

Hiburan

Hubungan Tyra Kamaruzzaman Dengan Siti Nurhaliza Kekal Baik, Netizen Anggap ‘Menantu Tak Jadi’ – “Saya Masih Hormat Dan Sayang Kepadanya”

Pensohor media sosial dan juga usahawan, Tyra Kamaruzzaman mengakui hubungannya bersama penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza masih berada dalam keadaan baik meskipun sudah tidak lagi bernaung di bawah CTDK Holdings.

Ujar Tyra, dia masih menghormati dan menganggap Siti seperti sebahagian daripada keluarganya.

Advertisement

Katanya lagi, dia mengambil keputusan untuk keluar daripada syarikat tersebut kerana ingin melebarkan sayapnya sendiri dalam bidang perniagaan.

Tyra mengagumi Siti sejak kali pertama mengenalinya. Saya masih hormat dan sayang kepadanya. Dia sudah seperti sebahagian keluarga.

Dia yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama anak tiri Siti mengakui pernah menerima tawaran berlakon namun menolaknya kerana berasa tidak layak untuk menjadi seorang pelakon.

Tyra juga merasakan dia lebih meminati dunia perniagaan berbanding lakonan kerana dilahirkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan.

Saya tolak tawaran kerana lakonan bukanlah minat dan tidak berbakat. Ramai lagi gadis yang layak dan berbakat. Namun tak jadi satu kesalahan jika pempengaruh media sosial menceburi dunia lakonan.

Mungkin sebab lahir dalam keluarga berniaga, jadi minat berniaga lahir secara semula jadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Intan Najuwa
5 months ago

(VIDEO) "Tanya Soalan Macam Orang Tak Sekolah" - Intan Najuwa Sindir Netizen Soal Mengapa Suami Kuat Berpeluh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...