Hampir dua tahun naik turun mahkamah, kes saman fitnah bernilai RM2.5 juta antara penyanyi Siti Nordiana dan lima sekawan menemui jalan penyelesaian setelah mereka dilaporkan saling bermaaf-maafan.
Perkara itu turut disahkan peguam Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin di mana dia memaklumkan bahawa perbicaraan itu tidak dapat diteruskan kerana terdapat perbincangan antara Siti Nordiana dan lima defendan terbabit bagi tujuan menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik.
Siti Nordiana selaku plaintif dan kelima-lima defendan bersetuju untuk melakukan demikian di hadapan Hakim iaitu Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.
Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi.
Hakim Mohd Johan turut menitipkan pesanan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dilontarkan.
Lima sekawan, penyanyi Lan Solo, isteri, Syura Badron, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad tampil membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.
Siti Nordiana juga tampil memohon maaf dan menyatakan dia telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.
Terdahulu, kontroversi mula tercetus apabila lima sekawan itu ada melakukan pendedahan yang mencemarkan nama baik ketika mereka mempunyai konflik dengan Siti Nordiana suatu ketika dahulu pada sesi Instagram Live pada 20 Julai 2021.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.