“Tak Henti Buang Air Besar, Kritikal Muntah” – Wanita Didakwa Temui Ajal Lepas Makan Sandwich Yang Dibeli Di R&R

Kehidupan

“Tak Henti Buang Air Besar, Kritikal Muntah” – Wanita Didakwa Temui Ajal Lepas Makan Sandwich Yang Dibeli Di R&R

Semalam, tular mengenai satu hantaran yang dimuat naik seorang individu di aplikasi X dan Facebook yang mendakwa ibu saudaranya telah meninggal dunia kerana makan sandwich yang dibeli di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Didakwa keracunan makanan selepas menjamah sandwich itu, wanita berkenaan berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

 

Dua mangsa makcik dan anak buah tapi keadaan makcik teruk. Kritikal muntah dan tak henti buang air besar, masuk air, collapse. Insiden berlaku dalam masa 2 hari sahaja, amat dukacita.

Berikutan itu, individu berkenaan menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli makanan selain para peniaga haruslah lebih bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang dijual kepada pelanggan.

Setakat ini, pihak hospital dan KKM masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiktoker ajar curang
1 year ago

(VIDEO) "Ia Tidak Salah Sama Sekali" - TikTokers Terkenal Ajar Lelaki Macam Mana Nak Curang, 'Target' Wanita Kaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...