(VIDEO) “Ia Tidak Salah Sama Sekali” – TikTokers Terkenal Ajar Lelaki Macam Mana Nak Curang, ‘Target’ Wanita Kaya

Kehidupan

(VIDEO) “Ia Tidak Salah Sama Sekali” – TikTokers Terkenal Ajar Lelaki Macam Mana Nak Curang, ‘Target’ Wanita Kaya

Seorang TikTokers terkenal baru-baru ini dikecam netizen gara-gara berkongsi tips untuk berlaku curang dengan pasangan masing-masing.

TikTokers yang dikenali sebagai Tee itu berkata, tidak salah untuk suami atau isteri berlaku curang bagi mendapatkan wang dan manfaat lain.

Advertisement

Dia juga kerap memuat naik video panduan kepada lelaki untuk menggoda wanita seperti cara memenangi hati mereka seperti pakar.

Namun, perkongsiannya yang satu ini ternyata telah menuai pelbagai respon kerana ‘tips’ yang diberikan Tee itu seperti menggalakan orang ramai untuk berlaku curang terhadap pasangan mereka.

Kita boleh mendapatkan wang daripada wanita kaya untuk membina keluarga dengan wanita lain, ia tidak salah sama sekali.

Wanita yang memberikan anda duit itu sanggup berbuat demikian. Ini bermaksud kita mendapat sesuatu daripadanya, dan dia juga memperoleh sesuatu daripada kita.

Ujarnya lagi, wanita yang berwajah biasa tidak sanggup untuk menggunakan wang bagi mendapatkan cinta lelaki.

Dia juga ada menawarkan ‘kursus’ dan sesi rundingan berbayar kepada pengikutnya termasuk lelaki dan wanita bermula daripada harga RM600 sehingga RM786.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aisar khaled
4 months ago

"Esok Dop Jadi Makan Aisar Khaleed Suroh Tangguh Dulu" - 'Influencer' Kantoi Lagi, Gagal Tunai Janji Nak Belanja Makan 500 Pengikut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Asean Now

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...