Selebriti yang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan Diva AA telah memberikan penjelasannya berkenaan isu menjadi juri sebuah program realiti yang sedang hangat diperkatakan.
Menerusi laman Twitter peribadinya, Azwan Ali mendakwa ramai pihak mahukan dirinya menjadi juri program berkenaan namun mengakui enggan menerima walaupun ditawarkan di masa akan datang.
Kata pengacara bermulut lantang itu lagi, dia tetap dengan pendiriannya kerana menganggap dirinya mempunyai kelas yang tersendiri.
Menurutnya, dia hanya akan menerima tawaran program-program berkualiti sahaja.
Diva AA tak hadap pun as jury any program n*jisss! I got my world class!”
Terdahulu, rancangan televisyen dimaksudkan netizen itu menerima kecaman hebat termasuklah daripada penggiat seni gara-gara menyenaraikan seorang penyanyi yang dikatakan tidak mempunyai kualiti sebagai salah seorang peserta.
Individu terbabit malah dituduh oleh netizen hanya merosakkan industri muzik tanah air selain mengkritik stesen televisyen tersebut menggunakannya sebagai ‘marketing’.