“Punyalah Sampah” – Dato’ Hattan Kritik Nyanyian Iqbal, Anggap Program Realiti TV Terlebih Gimik

Hiburan

“Punyalah Sampah” – Dato’ Hattan Kritik Nyanyian Iqbal, Anggap Program Realiti TV Terlebih Gimik

Penyanyi terkenal, Dato’ Hattan tampil mengkritik pihak penerbitan program realiti TV dan meminta agar mereka lebih bersikap bertanggungjawab bagi membawa industri seni lebih dihormati dan ke tahap yang lebih tinggi.

Perkara tersebut dizahirkan penyanyi lagu Biso Bonar ini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat di media sosialnya.

Advertisement

Hattan berkata demikian sebagai respon kepada penyertaan usahawan kosmetik Ahmad Iqbal Zulkefli dalam program Big Stage musim ke-4 baru-baru ini.

Ujar Hattan, Iqbal bukanlah seorang penyanyi yang layak untuk menyertai program nyanyian itu.

Apa yang cuba dilakukan (pihak Astro)? Kalau nak rating sekali pun, tidak perlu sampai begitu, banyak lagi cara lain. Kamu tahu peserta (Iqbal) tak boleh menyanyi? Kenapa panggil juga?

Jelasnya lagi, tindakan pihak penerbitan membuat gimik sebegitu memang membantu dari segi pemasaran namun cukup memalukan untuk industri seni secara keseluruhan.

“Kasihan 11 orang peserta lain yang bertanding beriya-iya. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, dirasakan sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punyalah sampah.” katanya.

Hattan juga berasa terkilan kerana acara pentas nyanyian itu diadili penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza namun penyanyi yang bertanding tidak selari dengan standard yang ditetapkan.

Beliau juga berharap agar pihak produksi lebih memiliki jati diri dan berfikir secara waras sebelum membuat sebarang keputusan.

Terdahulu, konsert minggu pertama Big Stage musim ke-4 kelmarin dipenuhi kontroversi selepas Iqbal tampil di atas pentas selepas diumumkan sebagai peserta tambahan ke-12.

Namun, persembahan Iqbal yang menyampaikan lagu Biarlah Bulan Berbicara sangat teruk dan hanya memperoleh markah 5 daripada 100.

2 years ago

"Desperate Nak Views Ke? Merosakkan Industri!" - Penonton 'Tutup TV' Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Dato Hattan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...