“Desperate Nak Views Ke? Merosakkan Industri!” – Penonton ‘Tutup TV’ Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

Hiburan

“Desperate Nak Views Ke? Merosakkan Industri!” – Penonton ‘Tutup TV’ Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

Tidak dinafikan, ramai terkejut apabila Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli diumumkan sebagai salah seorang peserta program realiti Big Stage 2022, semalam.

Bukan hanya penonton malah juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai juga dikatakan terkejut dengan kemunculan usahawan viral itu.

Advertisement

2 years ago

"Apa Masalah Nak Menganjing?" - Bengang Baca Komen, DSV Suruh Iqbal Sedar Diri & Jangan Berlagak Pandai

Difahamkan, penglibatannya dirahsiakan oleh pihak Astro kerana mahu memberi elemen kejutan apabila Iqbal muncul di atas pentas sebagai peserta ke-12 dengan menyanyikan lagu ‘Biar Bulan Bicara’ dari Broery Marantika.

Bagaimanapun, rata-rata penonton meluahkan rasa kurang senang serta memberikan kritikan terhadap penyertaan Iqbal.

Mereka turut akui berasa ‘menyampah’ dengan pihak berkenaan kerana menggunakan bekas kekasih Dato’Seri Vida itu sebagai ‘marketing’ untuk mendapatkan tontonan.

Iqbal yang hanya mendapat 5 markah daripada Ajai itu turut dituduh merosakkan industri muzik negara.

Menerusi entri di Instagram, Iqbal bagaimanapun berkata pada awalnya dia sudah menolak tawaran untuk terlibat dalam Big Stage itu.

Namun, selepas merasakan ia adalah peluang sekali seumur hidup, dia memohon untuk kembali dan diberikan keizinan untuk sertai rancangan itu.

Tidak mengharapkan kemenangan, seminggu sahaja lagi, kalau terlalu buruk, saya sendiri akan tarik diri walaupun tiada penyingkiran di minggu hadapan.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...