Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Habis Buat Muka Kesian..” Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan

Lana Nodin

Pelakon Lana Nodin menerusi beberapa hantaran di Instagram Story dilihat ada menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah agar segera meletakkan jawatan.

Advertisement

Dakwa Lana, ramai masyarakat seolah-olah terpedaya dengan ‘lakonan’ DG Hisham yang seolah-olah sengaja berlakon dengan wajah penat dan sedih atas apa yang berlaku kepada negara pada ketika ini.

Dia juga dilihat memuat naik video pendek pengurusan mayat yang dijangkiti COVID-19 di mana ada individu yang berpakaian biasa sedang menguruskan kontena berisi mayat dan tidak memakai PPE seperti yang disarankan DG Hisham sebelum ini.

“Hebat lakonan kalah drama Melayu kat Samarinda, hebat KKM. Tahniahlah DG. Ko ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka kasihan dan menangis penat tapi semua tu kau berlakon saja!”

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini dikatakan kurang berpuas hati dengan tindakan anggota pengurusan jenazah yang tidak memakai set perlindungan diri (PPE) yang lengkap.

IG LANA NODINSumber : Instagram Lana Nodin  
IG LANA NODINSumber : Instagram Lana Nodin  

“Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal ahli keluarga tak dapat kebumikan katanya sangat bahaya mayat-mayat tu semua. Tapi tengok mamat tu, rileks je..yang lain bukan main full uniform PPE. Nasib baik tak buat drama jatuh penat angkat mayat pula! Kalah cerita hindustan. Wake up la..tak habis-habis bagi rakyat fear mongering!”

Malah, ada juga peminat yang tampil menyokong pernyataan Lana Nodin itu di mana mereka telah menghantar mesej dan gambar DG Hisham tidak memakai pelitup muka dan sebagainya.

Advertisement

Tambahnya lagi, DG Hisham hanya berpura-pura menangis di dalam televisyen ketika sidang media hanya sekadar untuk menakutkan rakyat dan memperoleh simpati.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. lanasendu

    July 30, 2021 at 11:36 am

    die ni tak cerdik rupanya ek..takkan pasal covid kes naik ko nak salah kan orang tu..byk orang tu buat usaha tungkus lumus belakang tabir supaya covid kes turun..ko senang2 suruh die letak jawatan. paling tak cerdik sekali die boleh percaya DG tu ahli freemason…hurm……..patut lah dia jadi artis..sesuai dengan IQ dia.

  2. Notafavorcomment

    July 28, 2021 at 1:53 pm

    i understand benda covid ni memang tak boleh dibuat main2.sbb ramai dah kena dan meninggal org2 tersayang.betul..cuma, i applaud Lana for addressing this issue,for being so brave to point out the issue in the video..rakyat Malaysia..cubalah WAKE UP! nobody can come out with a comeback so far tentang mamat baju hitam dia cakap tu..yg org nampak point suruh DG turun..yee kita semua nampak DG worked hard. tapi atas guidelines siapa?atas script siapa? n yes..org yang dah vaccine sepatutnya tak boleh juga judge yang xnak vaccine,atas pilihan masing2..sbb ternyata dah vaccine pun masih boleh kena covid..tapi mild symtoms katenye.so takdelah berkesan sepenuhnya..tapi masih boleh berjangkit..so mmg ada org yg taknak ambik sbb2 mcm ni..think..dont always believe what u see in the mainstream media..dunia akhir zaman ni..semua pun dok sebut, tapi semua pun masih in denial that anything can be made up in large scale..cubala buka minda dan tengok dr pelbagai perspective..ramai di negara luar yg taknak ambil vaccine pun..tapi hidup mcm biasa je..kalau org Islam- yang penting Allah jugak yang tentukan kematian kita..we can take up as much vaccine,tp kalau nk ajal sbb komplikasi vaccine? ko nk cakap ape?..oo dah ajal dia..too bad..padahal korang jugak yang paksa! so pls make peace dengan orang yang berbeza pendapat..

  3. Anonymous

    July 27, 2021 at 6:27 pm

    hahaa mmg la lana nordin tu bodoh..

    igt kawin mat saleh lg pandai..tp lagi bodoh rupanya..

  4. frontliner

    July 27, 2021 at 2:09 pm

    lana nordin ni memang bodoh ke macam mana ya? yg patut disuruh letak jawatan adalah azmin ali, adam baba, & menteri2 yb2 yg suka2 melonggarkan & melanggar sop. bukan DG KKM yg dah bertungkus lumus buat kerja. contoh, DG minta total lock down, tapi azmin ali kata xpe, ok je, kilang masih boleh kerja. DG kata kuarantin ikut incubation period 10 hari, tapi adam baba kata vip kuarantin 3 hari je sebab dia pk org vip kalis virus agaknya. Pasal isu doktor kontrak skarang, DG dah tekankan dari sebelum covid lagi staff kkm understaff, overworked, tapi menteri xnak sambung kontrak doktor/ma, tup2 elok pula kpm tambah jawatan cikgu 18k. so salah DG dr hisham ke semua tu. kalau x tau, tanya. bukan menyebarkan kebodohan pada orang lain. teruk betul.
    #mainanpolitikmalaysia

    • bijak sikit dr hang

      July 27, 2021 at 5:57 pm

      Setuju. kebodohan mcm ni kene bendung sbb boleh tersebar dan merebak mcm covid. dia ingat penjawat awam mcm politician kut. patut suruh spanish fly tu letak jawatan. jadi menteri kesihatan apa kalau takde fungsi. Semua DG yang buat pastu bila org lain buat hal, DG pulak yg salah.

  5. Leylla Elskens

    July 27, 2021 at 11:41 am

    cuba bagi Lana try pkai PPE 8/12/24 jam?? Rasanya xsmpai beberapa jam mgkin dia dh pengsan. Sama jgk dgn netizen yg tak percaya virus covid. Bila dh kena bru dia rasa azab agaknya. Talk with brain. be smart not play hard.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top