Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kubur Masing-Masing..” Lana Nodin Pertahan Pendapat Rita Rudaini

Lana Nodin

Pelakon Lana Nodin baru-baru ini tampil meminta netizen agar bertenang dan tidak keterlaluan dalam mengecam rakan artis, Rita Rudaini gara-gara kenyataan pendapatnya yang berbeza mengenai vaksin COVID-19.

Advertisement

Ujar Lana, masyarakat harus fokus pada isu utama negara pada ketika ini iaitu masalah ekonomi serta kebajikan rakyat yang semakin meruncing semenjak pandemik ini melanda dunia.

Kata Lana lagi, orang ramai yang sudah divaksin tidak perlu gentar dengan orang yang tidak mengambil vaksin dan setiap individu mempunyai pendapat mereka yang tersendiri mengenai isu vaksin ini.

“Kalau orang bagi pandangan berbeza kata antivax kalau bagi sependapat then korang ke bayar duit api rumah kalau orang tu sakit? So kubur masing-masing biar masing-masing bagi pendapat. Oksigen pun kita dapat free, freeworld jadi biar la Rita nak post apa pun bukan hampa bayar internet phone dia rasa video dia post ni menghasut ramai lagi post video ni..”

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini turut beranggapan bahawa orang yang enggan menerima vaksin ini mungkin masih berasa was-was dan menunggu penawar yang sudah diluluskan oleh pihak berwajib.

Terdahulu, Rita Rudaini ada memuat naik video mengenai seorang doktor dipercayai professoe yang bercakap mengenai sejenis ubat antiparasit bernama Ivermectin.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Advertisement

KKM sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh dalam menjelaskan keberkesanannya.

Sejak beberapa hari lalu, nama Rita menjadi perbualan hangat serta mangsa kecaman netizen apabila dia mempersoalkan keperluan membawa orang tua untuk mendapatkan vaksin kerana risiko tinggi terdedah kepada wabak itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. tecit

    July 16, 2021 at 9:41 am

    kalau nak gune ivermectin sebagai ubat utk sembuhkan covid, but still vaksin xde kaitan dgn ubat sembuh. vaksin utk org xkene covid lagi tp utk prevent drpd kena.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top