“Tak ‘Gentle’ Mat, Dah Usung Ke Hulu Hilir” – Peminat Tak Puas Hati Sharnaaz Ahmad Tak ‘Mengiyakan’ Kisah Cinta Dengan Amelia Christie

Hiburan

“Tak ‘Gentle’ Mat, Dah Usung Ke Hulu Hilir” – Peminat Tak Puas Hati Sharnaaz Ahmad Tak ‘Mengiyakan’ Kisah Cinta Dengan Amelia Christie

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada memberi kenyataan mengenai status hubungannya bersama aktres Amelia Christie.

Tidak pernah mengiyakan hubungan bersama Amelia

Sharnaaz, 38, memaklumkan dia enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut kerana dia juga tidak pernah mengiyakan kebenaran tentang hubungan cinta antara mereka berdua.

Advertisement

Ujarnya lagi, dia kini ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap anak, Jebat Jayden yang baka memasuki alam persekolahan selain tidak mahu bercerita lanjut mengenai hubungan cinta kerana risau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku di tengah jalan.

Malah, kedua-duanya dilihat sudah tidak mengikuti media sosial Instagram masing-masing sekaligus menuai pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

“Bagi saya, Amelia perempuan yang baik. Hendak kata ada hubungan ke apa, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, pening juga” ulasnya.

Netizen kesal dengan kenyataan Sharnaaz

Namun, kenyataan Sharnaaz itu nampaknya mengundang pelbagai respon dalam kalangan warga maya terutamanya peminat yang rata-ratanya kesal dengan penjelasan tersebut.

Kata netizen, Sharnaaz ‘tak gentle’ atauapun tidak budiman kerana sudah banyak kali ‘mengusung’ dan menayang Amelia Christie seolah-olah mereka berada dalam fasa bercinta.

Apa benda hanat hang dah usung ke hulu hilir anak dara orang siap pi bercuti hang cakap tak mengiyakan ni tak gentle matt.

Tak pernah ‘mengiyakan’ kesian amelia dibawak kulur hilir sekali kena petik mcm ni 😢

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharnaaz dan amelia
2 months ago

Didakwa Sudah Putus Dengan Amelia Christie, Ini Respon Sharnaaz Ahmad - "Saya Tak Pernah Mengiyakan Hubungan Cinta Kami"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...