Penyanyi terkenal Indonesia, Agnez Monica sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang terkenal bukan sahaja di tanah airnya malah di Hollywood.
Dan sudah pasti, Agnez antara artis terkaya dan mempunyai harta mewah namun lain pula jadinya apabila dia sebenarnya tidak gemarkan tas tangan yang berjenama mewah.
Ini kerana penyanyi lagu Matahariku itu hanya menggunakan dompet murah bagi menyimpan wang tunai dan barangan peribadi.
Agnez yang ditemui dalam sebuah program hiburan di Indonesia ada menunjukkan cara dia menyimpan duit di dalam beg tangannya.
Rupa-rupanya, Agnez hanya menyimpan duit di dalam sampul surat sahaja dan menggantikannya seminggu sekali.
Kata penyanyi itu, tidak perlu memakai dompet yang mahal tapi apa yang penting, isi di dalam dompet itu yang perlu diambil kira.
“Kenapa mesti kena pakai dompet yang mahal? Kenapa tak pakai dompet yang biasa saja tapi dalamnya yang..” ujarnya sambil tersenyum.
Malah, dia juga menunjukkan wang kertas yang diisi dalam sampul surat tersebut.
Ia ternyata telah menimbulkan respon yang pelbagai daripada pengacara dan juga penonton di mana rata-rata tidak menyangka seorang selebriti yang kaya seperti Agnez Monica hanya menggunakan sampul surat bagi mengisi duit.
Smartbird
December 23, 2021 at 11:43 am
Smart move just like the typical American celebrities! It’s the cash in your wallet/bag that counts as no point carrying branded bags tapi segala pembayaran kecil pakai credit-card & mengira dalam segala hal pembelanjaan termasuk harga makanan yg dipesan. And welcome to the Muslim world jika benaran kamu akan menjadi mualaf suatu hari nanti & semoga terus maju dan bahagia dalam kehidupanmu.