Penyanyi rap terkenal dan juga pensohor media sosial, Caprice mengatakan dia enggan mengulas mengenai kes gangguan seksual membabitkan pendakwah dan penceramah agama di negara ini.
Dalam satu hantaran di media sosial, Caprice tak mahu ‘menyentuh’ isu melibatkan seorang pendakwah yang didakwa dengan kes amang seksual pelajar lelaki kerana keperibadiannya yang terlihat mulia dan tinggi ilmu agama.
View this post on Instagram
Katanya lagi, adalah tidak manis untuk membuka pekung atau aib pendakwah itu.
Banyak yang DM saya. Muka macam ni (gambar pendakwah tersebut), kita tak boleh kecam atau sentuh. Dikenali, berpakaian sopan, seorang pencetus ummah kita tak boleh kecam.
Kalau set-set pelangi (LGBT) boleh kecam, yang hina agama boleh kecam. Dan set-set hina agama Islam dan kita punya profit, boleh kecam.
View this post on Instagram
Kalau gaya dan nama macam ni, minta maaf guys tak boleh kecam dan sentuh. Its called aib. Insya-Allah.
Terdahulu, pendakwah terkenal itu telah dipanggil untuk perbicaraan atas pertuduhan melakukan amang seksual secara fizikal ke atas remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara perbuatan lucah secara melampau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.