“Baju Anak Kau Pulak?” – Anggap Busana Aina Abdul ‘Should Remain In The Box’, Ulasan Azhar Sulaiman Dikritik Pula…

Hiburan

“Baju Anak Kau Pulak?” – Anggap Busana Aina Abdul ‘Should Remain In The Box’, Ulasan Azhar Sulaiman Dikritik Pula…

Gara-gara berbaju unik dan ‘lain daripada yang lain’ ketika malam karpet merah ABPBH35 baru-baru ini, nama Aina Abdul disebut-sebut dan menjadi bahan kritikan netizen di media sosial.

Bukan sahaja netizen yang mengkritik, nampaknya pelakon Azhar Sulaiman tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pendapat mengenai baju Aina Abdul pada malam itu.

Advertisement

Ujar Azhar di satu hantaran Instagram, sesuatu reka bentuk akan menerima dan terbuka dengan pelbagai intrepretasi dan dia juga sempat memberi pilihan kepada netizen di luar sana mengenai pendapat mereka tentang baju merah gergasi Aina Abdul tersebut.

Azhar SulaimanSumber : Instagram  

Behar (Azhar) bercakap dari sudut design. Sesuatu design akan sentiasa terbuka kepada pelbagai intepretasi.

Design busana yang.. 1. outside the box? 2. Should just remain in the box? 3. The red box? 4. Engkau ni apa?

Kata pelakon filem Bisikan Cinta ini lagi, dia menganggap busana itu sebagai ‘should just remain in the box’ yang bermakna tidak patut digayakan, simpan sahaja.

KomenSumber : Instagram  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Azhar dan ada yang merasakan penyanyi itu sebagai gemar meraih perhatian selain menyusahkan ramai pihak.

Namun begitu, Azhar Sulaiman memadam hantaran berkenaan tidak lama kemudian setelah ada yang memintanya untuk menjaga pakaian anaknya terlebih dahulu iaitu Kasih Iris Leona yang sebelum ini sering dikritik berpakaian seksi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abil
10 months ago

"Konon Tolong 'Promote'.." - Ajak Kolaborasi Ubah Suai Rumah, Nabila Huda Dituduh Nak Barang 'Free'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...