“Tak Dayus” – Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu ‘Viral’ Pasal Suami Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak

Kehidupan

“Tak Dayus” – Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu ‘Viral’ Pasal Suami Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak

Sebelum ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan seorang pendakwah yang mempersoalkan para suami kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak.

Menerusi video tersebut, pendakwah itu turut menggelar para suami dayus kerana membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri dan menganggap suami telah menggadai maruah isteri.

Advertisement

Susulan itu, penceramah selebriti terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Dengar baik-baik, hukumnya asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat.

Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar menerangkan dalam perubatan apabila masuk sempadan darurat, hukum haram diangkat seketika.

Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi membuat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’.

Jelasnya lagi, keadaan darurat itu membolehkan apa sahaja yang tidak boleh termasuk ketika isteri ingin bersalin kerana keadaan itu kritikal dan berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berdosa. Kenapa pergi cakap suami dayus pula? Tak haram!

Dalam pada itu, Ustaz Azhar menjelaskan hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bagi wanita Muslim adalah harus kerana tidak mempunyai pilihan terutamanya kepada suami yang tidak mampu menghantar isteri bersalin di hospital swasta.

Yang haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?

Menurut Ustaz Azhar, tidak semua berkemampuan untuk membayar kos hospital swasta dan memilih hospitak kerajaan sekaligus tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk memilih doktor wanita atau lelaki.

@izataim

Perkongsian ilmu daripada Ustaz Azhar Idrus tentang isu bersalin #uai #ustazazharidrus #fyp #terengganu #kongsikebaikan #kongsiilmu

? original sound – Jak? – Jak?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustaz
2 years ago

"Saat Malam Pertama Kamu Tumpahkan Air Mani.." - Ustaz Pula Tampil Bangkang Doktor Lelaki Tengok Aurat Isteri Bersalin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...