“Saat Malam Pertama Kamu Tumpahkan Air Mani..” – Ustaz Pula Tampil Bangkang Doktor Lelaki Tengok Aurat Isteri Bersalin?

Kehidupan

“Saat Malam Pertama Kamu Tumpahkan Air Mani..” – Ustaz Pula Tampil Bangkang Doktor Lelaki Tengok Aurat Isteri Bersalin?

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila seorang ustazah bernama Siti Afifah Shahbudin tampil pendapatnya mengenai isu doktor lelaki yang sewenang-wenangnya melihat aurat wanita yang sedang bersalin.

Tidak lama selepas itu, suami kepada ustazah berkenaan iaitu Ustaz Zaidi Tohirin pula menyokong pendapat isterinya itu sekaligus telah mendapat perhatian netizen di media sosial.

Advertisement

Kata Ustaz Zaidi, dia berasa kecewa dengan golongan suami yang sanggup membiarkan isteri menggadai maruah dengan membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka.

Malah, dia menyifatkan suami-suami itu sebagai seorang yang dayus dan tidak bertanggungjawab.

Sampai seteruk itu kamu meletakkan maruah isteri kamu ini, bidadari kamu di dunia ni. Waktu kamu bersama-sama dengan isteri kamu di malam pertama, adakah kamu tidak pernah terfikir yang kamu akan ada anak? Hey lelaki, dayus kamu!

Tambahnya lagi, seorang lelaki yang bergelar suami sepatutnya membuat persediaan dengan menyediakan wang secukupnya agar isteri dapat bersalin dalam keadaan yang terbaik kelak.

TikTok

Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu ya, sembilan bulan Allah Taala beri tempoh kepada kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.

Menjengah ke ruangan komen video yang dimuat naik kembali oleh seorang netizen itu di TikTok, dihujani dengan komen komen berbaur kecaman.

Sakit hati la pula dengar, kalau gaji RM1,500 sebulan ingat dapat ke simpan RM1,000 sebulan. Habis nak makan apa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Pendakwah Gelar Suami 'Dayus' Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak - "Kenapa Biar Dia Tengok 'Bawah' Bini Awak?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...