Tak Dapat Permit Rentas Daerah, Lelaki Nekad Berenang Untuk Jumpa Rakan Di Seberang Perai

Trending

Tak Dapat Permit Rentas Daerah, Lelaki Nekad Berenang Untuk Jumpa Rakan Di Seberang Perai

Semasa musim pandemik ini, semua tempat telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan orang ramai untuk keluar secara melulu termasuklah merentas negeri atau daerah. Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat untuk merentas termasuklah alasan tidak munasabah, menghantar barang, menunjukkan borang palsu dan sebagainya

3 years ago

3 jam Berenang Di Tengah Lautan, Remaja Ini Berjaya Diselamatkan Oleh Tentera Laut Indonesia

Advertisement

Baru-baru ini tular di laman Facebook apabila tersebarnya sebuah gambar dan beberapa video memaparkan aksi seorang lelaki yang nekad berenang ke Seberang Perai untuk merentas daerah sebelum diselamatkan.

Memetik laporan Kosmo, seorang lelaki berusia 28 tahun nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer untuk ke Seberang Perai kerana tidak mempunyai surat rentas daerah bagi menuju ke kawasan tanah besar itu dari bandar raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu mendapati lelaki itu sanggup terjun ke dalam laut dari Tanjung City Marina dan berenang menuju ke Seberang perai, Isnin lalu.

Soffian menambah, tindakan lelaki itu hanya dibuat separuh jalan apabila dia berpatah balik menghala ke tempat pejalan kaki jeti feri akibat kepenatan sebelum berjaya diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd.

Lelaki nekad berenang ke Seberang Perai

Keadaan individu tersebut selepas diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. (Sumber: Msn)

Lelaki itu memberitahu dia nekad berenang untuk berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah daripada pihak polis kerana tiada alasan munasabah.

Semasa diselamatkan, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki yang tidak bekerja itu dan hanya menyatakan butiran peribadi secara lisan.

Menurut kepada ibu lelaki tersebut, dia yang berasal dari Bayan Lepas dipercayai sudah lama tidak pulang ke rumah dan turut dipercayai hidup sebagai seorang gelandangan selain didakwa merupakan penagih tegar.

Kata Soffian, dia telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan doktor dan mendapati lelaki tersebut mengalami patah tangan kanan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...