3 jam Berenang Di Tengah Lautan, Remaja Ini Berjaya Diselamatkan Oleh Tentera Laut Indonesia

Dunia

3 jam Berenang Di Tengah Lautan, Remaja Ini Berjaya Diselamatkan Oleh Tentera Laut Indonesia

Individu mana yang tidak terkejut apabila melihat sesuatu objek yang terapung di tengah laut dan sudah pasti perasaan ingin tahu muncul untuk mengenal pasti objek tersebut.

Menerusi laporan Detik News, Kapal Perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut, KRI Sembilang-850 berjaya menyelamatkan seorang remaja yang ditemukan di tengah laut Pulau Laki, Kepulauan Seribu, Jakarta sewaktu melakukan rondaan harian, Jumaat lalu.

Advertisement

Difahamkan, remaja berusia 14 tahun itu merupakan mangsa yang terjatuh daripada sebuah kapal menuju ke Pulau Harapan. Kapal perang tersebut mengesan satu objek lebih kurang 100 meter daripada kapal dan apabila pihak tentera datang menggunakan bot penyelamat lebih kurang 50 meter kelihatan seorang remaja lelaki sedang berenang.

Sumber : Twitter TNI Angkatan Laut

Remaja tersebut dibawa ke KRI Sembilang-850 untuk diberi pertolongan lanjut dan dipercayai remaja tersebut sudah 3 jam berenang di tengah lautan tanpa menggunakan jaket keselamatan sehingga ditemukan oleh pasukan tentera laut.

Dalam pada itu, remaja berkenaan dihantar ke pelabuhan untuk dipertemukan kepada ahli keluarga.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...