“Tak Dapat Hadir Ke Mahkamah” – Berkahwin 3 Bulan Lalu, Mak Wan ‘Latah’ Diceraikan Talak Satu

Hiburan

“Tak Dapat Hadir Ke Mahkamah” – Berkahwin 3 Bulan Lalu, Mak Wan ‘Latah’ Diceraikan Talak Satu

Jodoh yang diharapkan akan memberikan kebahagian tidak seperti yang disangka. Itulah yang boleh dikatakan bagi menggambarkan berita tentang pelakon veteran terkenal, Mak Wan Latah.

Menurut mStar, suami Mak Wan, Husain Dolah, 74, telah melafazkan talak satu selepas tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Lafaz cerai itu dilakukannya terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin hari ini kira-kira jam 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Husain selaku plaintif telah hadir ke mahkamah ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan. Difahamkan, pelakon berusia 61 tahun itu tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Menurut Husna, pihak mereka telah memfailkan permohonan cerai berkenaan pada 24 Mac lepas.

Pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April. Namun, Mak Wan tidak dapat hadir hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah.”

Sekadar info, Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud berkahwin dengan Husain pada 22 Januari di Pejabat Agama Islam, Ipoh.

Perkahwinan itu merupakan yang ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup bersendirian.

fizi
2 years ago

"Cepatnya 'Move On'.." - Baru Beberapa Bulan Bercerai, Fizi Ali Dah Jumpa Yang Baru?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...