Pendakwah bebas yang dikenali ramai, Ustaz Mohd Kazim Elias memohon doa dari orang ramai agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya yang kini tidak dapat berjalan.
Ustaz Kazim telah berkongsikan khabar tersebut buat orang ramai di laman media sosial Instagram beliau baru-baru ini dan menerusi video berdurasi 23 saat itu, kelihatan Ustaz Kazim terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan.
View this post on Instagram
Malah, menerusi perkongsian video oleh seorang pengikut yang dikenali sebagai Imran Ismail di laman TikTok, menunjukkan Ustaz Kazim perlu menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
@imranismail0324 Semoga Ustaz Kesayangan Kita Sihat Seperti Sedia Kala Aamiin #ustazkazimelias ? Ya Allah – Hafiz Hamidun
Dalam pada itu, individu bernama Imran itu juga memaklumkan mereka sehingga kini belum tahu penyakit apakah yang dialami oleh pendakwah tersebut.
Kita tak tahu orang buat atau memang penyakit wallahualam..
Meninjau di ruangan komen video TikTok tersebut, kelihatan ramai yang menitip doa buat Ustaz Kazim agar diberikan kesembuhan dengan segera.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Ustaz Kazim sembuh dengan segera Aamiin..
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.